Friday, December 9, 2011

Sehari bersama kawan- kawan dari Universiti Andalas


28/11/2012- Saya telah menyertai rombongan senior pengajian antropologi & sosiologi ke Batu Caves bersama dengan exchange students dari Universiti Andalas, Indonesia. Dari UM, kami naik bas T632 ke Stesen Universiti. Dari situ pula kami naik LRT ke KL Central. Kami bersarapan dulu di KFC, KL Central. Selepas itu kami menaiki KTM ke Batu Caves. Sampainya di sana, saya lihat banyak yang telah berubah berbanding 17 tahun yang lepas. 17 tahun yang lepas, saya datang ke Batu Caves bersama dengan keluarga saya. Sekarang semuanya telah berubah. Banyak patung dewa berada di situ. Kami telah menaiki ratusan anak tangga untuk sampai ke dalam Batu Caves. Di dalam gua tersebut, terdapat kuil Hindu. Pada masa itu, ramai orang disitu. Ada yang mencukur rambut tanda kesyukuran mereka kepada Tuhan, ada yang kahwin, ada yang bersembahyang. Di situ ada banyak monyet. Jika tidak berhati- hati, bungkusan yang kita bawa mungkin akan dirampas oleh monyet kerana ia menyangka bahawa bungkusan itu adalah makanan mereka. Kawan- kawan saya yang beragama Hindu tidak melepaskan peluang ini untuk beribadat di situ. Pada hari itu juga, ada serombongan remaja yang menjalankan 'explore race' di situ. Mereka berkumpulan naik ke  dalam gua.
Selepas kami melawat ke Batu Caves. Kami pergi ke Pasar Seni. Pada ketika ini, cuaca sangat buruk. Kami terpaksa mengharungi hujan. Kami makan tengah hari di Food Court Pasar Seni. Rakan- rakan dari Universiti Andalas membeli- belah disitu.