Friday, January 6, 2012
Coretan Seorang Teman
Biarlah aku sentiasa ada untuk suka & duka mereka walaupun mereka tidak pernah ada untuk setiap duka & gembiraku. Biarlah aku sahaja yang tahu kisah- kisah mereka. Biarlah mereka tertanya- tanya kisahku disebalik senyumanku ini. Setiap kali mereka jatuh tersungkur, ku pasti akan memapah mereka untuk bangkit semula. Waktu itulah aku memahami kesakitan & kepedihan waktu mereka terjatuh. Namun ketika aku jatuh tersungkur & nyaris- nyaris jatuh ke gaung, mereka tiada untuk memapahku. Tidak apa kataku kepada diriku kerana aku masih mampu untuk berdiri sendiri. Tak kiralah betapa sakit dan masa ku perlukan untuk berdiri semula, sekurang- kurangnya aku belajar untuk berdiri semula tanpa mengharapkan orang lain. Setiap langkah yang ku ambil untuk bangkit semula telah mengajar aku supaya lebih matang & berdikari. Terima kasih kepada mereka yang membiarkan aku bangkit sendiri. Jika mereka menolong aku bangkit semula, mungkin aku bukan siapa aku pada hari ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)