Friday, May 25, 2012

Lawatan ke Istana Negara

Selepas sahaja selesai kuliah psikologi, kami sekawan pergi melawat Istana Negara yang lama.
Jun Yi, Suk Bing, Suk Ting, Chin Hui, Vivien, Eva, Livia & saya~~ dari UM kami naik teksi. excited sangat nak pergi sana sebab ini pertama kali mjejak kaki ke Istana Negara. Jarak Istana Negara dari UM tak jauh sangat.
excited sangat ni!! kelihatan pada wajah kami
L- R- Vivien, Livia, Suk Bing, Me, Jun Yi, Chin Hui, Eva

Hukum Kanun Melaka

Undang- undang Laut Melaka

Pingat Darjah Kebesaran Negeri Kedah

Tengkolok


Jubah Canselor Universiti Utara Malaysia

Pokok Emas












 Pending 



singgahsana















foto semasa pertabalan YDPA

 k, bye!! kami nak balik...





Friday, May 11, 2012

Malam Anugerah Bestari

Malam Anugerah Bestari Fasa 2 bertempat di Hotel Istana Kuala Lumpur. tema majlis ni adalah Enchanted Garden & warna tema adalah hijau serta putih. Ni pertama kali pergi hotel mewah naik bas sekolah memang luculah... dah macam geng bas sekolah yang pergi dinner. pukul 5.30 bertolak dari 4th.



ni hah!! sempat lagi posing di tempat duduk yang paling belakang di dalam bas.terima kasih kepada Mr. Tan sebab tolong ambil foto kami di dalam bas ini.


kamilah gadis- gadis Borneo di 4th: Charlotte, Marcella, Diandra, Mula & Ursula.
kenangan di depan Hotel Istana, KL.
kami sangat bertuah kerana meja kami adalah meja nombor 1. memang terkejut sangat saya hari tu semasa membuat cabutan nombor meja apabila tercabut nombor 1. best jugalah sebab di depanlah sangat. depan screen lagi tu tapi jauh dari pentas & meja vip. tak pa, jauh dari pentas, ada screen utk tengok keadaan sekeliling. jauh dari meja vip pun tak pa, kalau makan terlalu gelojoh tu, tiada siapa yang akan perasan. hehe :P

ni lah geng- geng semeja saya. saya dalah ketua meja. biasalah, suka sangat jadi bos. haha!! charlotte tak ada di sini sebab dia semeja dengan kawan dia yang lain. Yeah, No. 1!!

testing flash kamera dulu... posing sebelum majlis bermula... 

itu dia!! muka excited nak dinner... hehe

baru dua sudu sup cendawan telah ku minum. lepas tu kena panggil... terkejut sebab tiba- tiba kena panggil naik pentas untuk ambil anugerah ni. terima kasih kepada 4th college sebab telah memilih aku sebagai salah seorang Bestarian yang cemerlang. Anugerah yang saya dapat ni adalah Anugerah Bestarian Cemerlang. macam tak percaya saya telah mendapat anugerah ni... 

secebis kenangan bersama course mate yang sama mengambil antropologi & sosiologi, Khoo Teck Yong yang berasal dari N9. sama major tapi tak sama minor. kami sahaja budak junior yang major antro & sosio di 4th.

itu dia, gadis kecil molek dari Sarawak yang dikepit oleh gadis Sarawak juga. haha!! gadis melayu + kedayan ni berasal dari Bintulu~ Nurul Ameera. 

bersama pemenang best dress of the night kategori lelaki, Mun Choong. 

ni foto saya bersama room mate saya DD.

pasangan inilah yang telah memenangi anugerah dato & datin of the night (gurau je)

super junior saya, Law Yik Ming semasa di sekolah menengah (STS) dulu. sekarang kami telah sama batch di UM. dia ambil jurusan kejuruteraan.

pemenang anugerah pasangan paling cun & manTOP malam tu. (joke- joke) Diandra & Paul

kami sibuk nak tangkap foto, pak arab ni lagilah sibuk nak tangkap foto dengan kami. so crazy!! haha!! slumber je dia join kami tangkap foto. 

bersama pengarah PROSPEK (mendapat projek terbaik kolej 4), Muizz di lobi Hotel Istana

foto terakhir MAB diambil bersama Azhari a.k.a Acai