Ternyata aku gemar bermain api selama ini. Aku pernah terbakar, melecur & terluka kerana api yang membakar hati & jiwaku. Kini, nyata sekali aku tidak serik. Masih bermain dengan api. Terasa bahangnya yang panas menggigit dan bakal meleburkan hatiku ini. Jauh di sudut akalku bahawa api ini bakal menyala kini kerana dulu semuanya beku bagai bongkah ais di kutub. Masa berdetik, waktu berputar. Kini ia bagai gunung berapi yang bakal melecurkan & memusnahkan semua yang hidup. Jangan sampai diri ini hancur lebur musnah dihimpit kepanasan api lava membara.