Terkenang kembali saat di Tingkatan 6 Rendah...
Foto ini diambil semasa party hujung tahun tingkatan 6R4 (2009) SBS. Yang senyum sampai le telinga tu, cikgu 6R4 yang tak sabar-sabar nak makan... Dari kiri ke kanan: Mr.Alex, En Saifuddin & En Liew Mee Ho.
kami juga meraikan parti perpisahan untuk Pn. Nurul Huda yang akan berpindah ke Pulau Pinang.
*bertemunya kita kerana ilmu, berpisah juga kita kerana ilmu. pasti suatu hari nanti kita juga akan ditemukanNYa kerana ilmu.
dua orang yang berebut nak makan buah durian yang 'ditapau' dari rumah tu adalah Joy & Su Tuong. Ganas sangat sampai nak berebut. Siapa menang akhirnya? Keputusannya adalah seri...
Tahun 2009, semua ingin berjuang untuk lulus dalam STPM tetapi tahun ini ada juga rakan sepejuangan yang berhenti di tengah-tengah jalan. Ku doakan kejayaan anda semua di luar sana. sama-samalah kita berjuang untuk kejayaan kita di masa hadapan. Janganlah kita mensia-siakan masa ini. Perjalanan ini masih jauh...
No comments:
Post a Comment