Monday, November 15, 2010

SEMINGGU SEBELUM STPM

Kalau ditanyakan apa perasaan saya sekarang, saya pasti jawab seperti biasa. Berkobar-kobar rasanya semangat saya ingin menduduki STPM. Rasa yang teringin sangat menamatkan STPM dengan segera yang mungkin. Hari ini (15/11/10) selepas rehat ada satu taklimat. Ingatkan briefing pasal jadual waktu peperiksaan. Rupa-rupanya taklimat mengenai cara menguruskan masa dan tips serta petua sebelum dan semasa menduduki peperiksaan. Tidakkah ini terlalu lambat dijalankan? Kenapa tidak memberi taklimat ini kepada kami pada permulaan tahun atau semasa kami masih di tingkatan 6 rendah. Taklimat kali ini pun seperti biasa, macam mana nak uruskan masa, apa yang patut dan tidak patut dibuat.... membosankan sangat!
Entah soalan apa yang akan keluar semasa STPM nanti. Kertas pertama ialah PA2. Macam-macam dah tajuk kami pelajari. Tak tahulah yang mana satu akan terkena nanti... semua ni seperti main jackpot. kebarangkalian soalan itu keluar sangat tinggi. Kena baca banyak isu semasa untuk PA2. Mesti tulis 2 soalan esei (1 saster & 1 sains) bahagian kefahaman juga jawab 2 soalan. Bahagian C & D, mesti pandai mengira & mentafsir. Entah apa yang akan terjadi pada masa itu. Hanya dapat mendoakan masa cukup & idea sentiasa mengalir & melimpah.

Berpisah memang sudah menjadi lumrah kehidupan manusia. Setiap pertemuan akan diakhiri dengan perpisahan. Kami pelajar tingkatan juga sebegitu apabila kami terpaksa dengan kawan dan guru tersayang. Walaupun hanya setahun setengah bersama-sama dalam perjalanan kami ke medan peperangan, kami telah mengenali masing-masing dengan mendalam sekali. Setiap detik yang dilalui bersama merupakan kenangan terindah.

Kelas 6A4 yang sentiasa nakal & suka memberontak, kami memang tidak mudah dilupakan. Seteruk mana kami bergaduh, kami tetap akan berbaik semula dalam masa kurang daripada setengah jam. Kami hanya gaduh kucing je. Kami sudah seperti adik-beradik dalam sebuah keluarga yang besar. Kami merupakan pelari pecut. Pada permulaan tahun, kami tidak pernah serius dalam pelajaran kami. Kami hanya pandai berseronok tetapi pada akhir tahun kami telah cuba sedaya untuk mengejar setiap yang telah kami pelajari. Bukan senang untuk kami mengejar pelajar lain yang lebih pandai daripada kami tetapi kami akan memeut/ kami akan memecut pada saat-saat terakhir. Kami akan buktikan kepada semua bahawa kami dapat melakukan yang terbaik. Doakan kejayaan kami...

Hari ini (16/11/10) merupakan hari pertama tidak pergi sekolah. Kami diberi awal sehari untuk bercuti supaya kami dapat mengulang kaji lebih lama. Sebenarnya sama saja sama ada diberi cuti awal atau tidak. Terasa kosong pula hari apabila tidak pergi sekolah. Boring yang teramat sangat. Hari ini saya telah mengikut kakak saya untuk menghadiri majlis penyamapaian hadiah anaknya, Ezra di St. Clement Kindergarden, Sarikei. Selepas ni nanti, saya akan menjemput sepupu saya di SMK Tinggi Sarikei. Hari ini merupakan hari penyerahan report card mereka. Oleh itu, mereka akan balik lebih awal. Apalah yang aku akan buat selepas ni untuk mengisi masa. Mengulangkaji pelajaran dah malas sebab otak tak dapat menerima apa yang dibaca. Apalah nak jadi kalau otak terus seperti ini.

Selepas makan tengah hari, kami pergi menjemput sepupu saya, Irwin yang baru balik dari UiTM Shah Alam.

No comments:

Post a Comment