17/3/2012- trip para mahasiswa/i UM dari 4th College ke Broga Hill. Seramai 80 lebih orang meyertai trip ini. Aku & kawan ku Mula pun turut serta dalam trip ini. Mula- mula kami merentasi ladang sawit. Selepas itu baru mendaki bukit sehingga ke puncak yang paling tinggi untuk menyaksikan matahari terbit. Foto tu, kenangan aku & Mula di puncak Broga Hill.
Saturday, March 17, 2012
Saturday, March 10, 2012
PROSPEK 3- 4 Mac 2012
Saya telah menyertai satu projek yang dianjurkan oleh JKP
Akademik & Intelektual Kolej Bestari iaitu Projek Seminar Pendidikan
Kebangsaan (PROSPEK). Penjelajahan PROSPEK bermula pada 3 Mac 2011. Negeri
pertama yang akan dijelajah ialah Negeri Sembilan. Daerah yang dilawat ialah
Gemencheh. Sekolah yang telah terpilih untuk ialah SMK Dato Taha. Seramai 200
lebih orang pelajar tingkatan 5 telah menyertai seminar ini.
Selepas selesai seminar di sekolah tersebut, rombongan
Prospek pun bertolak ke Muar. Kami sampai di Muar, Johor pada waktu petang. Sekolah
yang akan kami kunjungi di Johor adalah SMKA Maad (sekolah cluster
kecermelangan). Kedatangan kami disambut mereka dengan gembira sekali. Saya amat
kagum dengan sikap para pelajar di situ yang sanggup menolong kami memunggah
barang- barang ke dalam dewan. Selepas selesai menyusun kerusi di dewan, kami
pergi ke asrama yang telah disediakan untuk kami. Kesian juga dengan adik- adik
yang terpaksa mengosongkan bilik mereka untuk kami. Terima kasih untuk itu.
keesokan paginya, seminar pun bermula. Pendaftaran bermula pada pukul 8 pagi. Para pelajar di situ spotting sekali. Seronok dapat berkenalan dengan mereka menerusi aktiviti ini. Semasa LDK, masing- masing mempunyai soalan untuk ditanya sehingga tidak tahu nak menjawab soalan yang mana satu. Mereka begitu teruja dengan lawatan kami dari Universiti Malaya...
Selepas selesai seminar tersebut, semua ahli Prospek berkunjung ke Tanjung Mas untuk bersantai & menghilangkan tekanan.
Secebis kenangan di SMKA Maad
Di Tanjung Mas, Muar, Johor
Subscribe to:
Posts (Atom)