Saturday, March 10, 2012

PROSPEK 3- 4 Mac 2012


Saya telah menyertai satu projek yang dianjurkan oleh JKP Akademik & Intelektual Kolej Bestari iaitu Projek Seminar Pendidikan Kebangsaan (PROSPEK). Penjelajahan PROSPEK bermula pada 3 Mac 2011. Negeri pertama yang akan dijelajah ialah Negeri Sembilan. Daerah yang dilawat ialah Gemencheh. Sekolah yang telah terpilih untuk ialah SMK Dato Taha. Seramai 200 lebih orang pelajar tingkatan 5 telah menyertai seminar ini.
Selepas selesai seminar di sekolah tersebut, rombongan Prospek pun bertolak ke Muar. Kami sampai di Muar, Johor pada waktu petang. Sekolah yang akan kami kunjungi di Johor adalah SMKA Maad (sekolah cluster kecermelangan). Kedatangan kami disambut mereka dengan gembira sekali. Saya amat kagum dengan sikap para pelajar di situ yang sanggup menolong kami memunggah barang- barang ke dalam dewan. Selepas selesai menyusun kerusi di dewan, kami pergi ke asrama yang telah disediakan untuk kami. Kesian juga dengan adik- adik yang terpaksa mengosongkan bilik mereka untuk kami. Terima kasih untuk itu. 
keesokan paginya, seminar pun bermula. Pendaftaran bermula pada pukul 8 pagi. Para pelajar di situ spotting sekali. Seronok dapat berkenalan dengan mereka menerusi aktiviti ini. Semasa LDK, masing- masing mempunyai soalan untuk ditanya sehingga tidak tahu nak menjawab soalan yang mana satu. Mereka begitu teruja dengan lawatan kami dari Universiti Malaya... 
Selepas selesai seminar tersebut, semua ahli Prospek berkunjung ke Tanjung Mas untuk bersantai & menghilangkan tekanan. 
 Secebis kenangan di SMKA Maad

Di Tanjung Mas, Muar, Johor

No comments:

Post a Comment