Tuesday, February 1, 2011

Aku jadi cikgu!!!

Hahaha!!! ku hanya dpt ketawa utk pmulaan tahun baru 2011 ini. belum cukup sebulan aku relax selepas habis STPM, dah mula kerja. rasa tak cukup masa enjoy & relax.

04-02-2011
aku mula mengajar... memang sesuatu yg tak pernah ku sangkakan selama ini. ku redah secara membuta sahaja. macam mana aku nak mengajar nanti? bagaimana aku nak melayan kerenah para pelajarku? takut, gembira, cemas... macam2 perasaan bcampur-baur. inilah pertama kali aku kerja di Sarikei. Selama ini aku akan merentasi laut China selatan utk mencari pkerjaan. petang itu, aku masuk kelas 2C dengan perasaan yg kosong. apalah yg harus ku buat nanti? betul2 tak ada idea... aku kena fikir cara spy para pelajarku menumpukan perhatian d dlm kelas. nasib baik ada headmistress menemankan aku sekejap & mpkenalkan aku kpd pelajar2ku. aku mula bkenalan dgn para pelajar. seramai 26 org anak2ku.11 org perempuan & 15 org lelaki. semuanya comel tetapi nakal. hari pertama mmg rasa mahu menjerit selepas sampai d rumah. letih tetapi seronok.

dahlah subjek yg aku ajar sgt mcabar bagiku... aku mengajar subjek BM, BI, BC & Matematik... aku mesti belajar bersabar dgn mrk sbb aku ni jenis yg panas baran. kalau aku tak dpt mengawal kemarahan, mmg kelas ku nanti akan dilanda ribut taufan. sekarang mahu marah pun aku kena tahan. Kesian juga mrk kalau kena marah. jadi guru kelas mmg sgt sibuk. mcm2 yg perlu dlakukan. ku perlu memastikan anak2ku bdisiplin. hari2 ku jadi budak2 bsama mrk. kadang2, perangai mrk tu sgt mlucukan sampai aku pun senyum sendiri semasa melihat kerenah mereka. kadang2 ku melihat diriku d dlm mrk... begini aku melihat kerenah anak2ku, begitu juga cikguku dulu melihat kerenahku. terbayang kembali waktu masih kecil2 dulu. aku dulu sgt nakal.

setiap hari yg ku lalui dgn mrk sgt indah. hidup penuh dgn kceriaan & kegembiraan spt mrk. betapa indahnya hari2 mrk tanpa kerisauan. apa yg mrk takut sekarang adalah kena hukum krn nakal, tak siapkan kerja rumah & buat bising... aku pun hidup spt mrk, gembira selalu. apa yg aku risaukan adalah menyiapkan teaching planning. nilah benda yg paling ku tak suka buat. kena hantar bagi headmistress pd hari Isnin. dahlah waktu hujung minggu nak enjoy, mmg ku tak buat teaching planning. nasib baik ku mengajar sesi petang, kalau tidak bagaimanalah aku nak menyiapkan teaching planning. mmg ku buat teaching planning tu pd pagi Isnin... hahahah!! itulah aku.
hari2ku bsama mrk sgt seronok. ku doakan kejayaan mrk pd masa hadapan.

No comments:

Post a Comment