Tuesday, May 10, 2011

Geng rapat zaman dulu-dulu

L-R: Kristy, Melisa, Ulsha & Meriba

KRISHABASA- KRISty, ulSHA, meriBA, meliSA
saya, Kristy & Meriba kenal sejak kami tadika 1 lagi. semasa kami  masuk sekolah menengah, kami berkenalan dengan Melisa. kami ni kira geng rapat semasa sekolah menengah. mana-mana kami pergi mesti berempat, tak pernah berenggang pun. buat hal adalah hobi kami. tak pernah duduk diam... selalu bikin  heboh dalam kelas. kalau bergosip memang nombor satu. buli kawan pun apa kurangnya kami ni. mangsa kami adalah Melisa. Melisa ni selalu kena buli. biasalah, dia yang paling bongsu antara kami berempat. kalau melepak ke bandar, destinasi kami yang pertama adalah 'open air'. biasanya kami akan makan ABC di sana sambil sembang-sembang. tak sah kami pergi bandar kalau tak makan ABC di situ.

Selepas tamat tingkatan 5, kami bawa haluan masing- masing. Saya, Meriba & Kristy masuk tingkatan 6 rendah d SMK Bandar Sarikei. Melisa pula pergi bekerja. lepas tu kami ada dengar berita bahawa dia telah masuk institusi pengajian awam. tahniah diucapkan kepadanya. Kristy pula selepas itu dapat masuk kolej kesihatan training jadi jururawat. dia hanya belajar sampai tingkatan 6 rendah sahaja. tingggallah aku & Meriba d situ meneruskan perjuangan kami di tingkatan 6.

Akhirnya kami berdua telah berjaya tamat tingkatan 6 cemerlangnya... sekarang kami masih belum bertemu dengan satu sama lain. harap dapat reunion satu hari nanti. cuma aku & meriba sahaja ada di sarikei. hujung minggu ni (14/5/11) nanti keluar dengan Meriba.


No comments:

Post a Comment