Monday, April 30, 2012

PROSPEK d Penang

Penang merupakan destinasi terakhir PROSPEK bagi sesi 2011/2012. Seramai 100 orang pelajar dari SMK Desa Murni & SMK Dato Hj. Ahmad Said menyertai PROSPEK kali ini.
ni foto berkumpulan tapi tak lengkap sebab tak semua ajk ada dalam foto ni

Wednesday, April 25, 2012

Ngintu Hari Pengada d Melaka

Beserimbai enggau trip kami sekaban ke Melaka, aku alu nyambut pengada aku din. Gagit amat ga asai ati nyambut pengada din laban tu keterubah iya nyambu hari pengada d Melaka enggau kedua kali nyambut pengada d menua urang, Endur nyambut pengada aku d Bukit St. Paul. Nya sigi endang endur ke paling kedeka ati aku.
Pagi 4/4 tumu kami sekaban nurun agai Dataran Pahlawan & Mahkota Parade laban ke ka ngiga kek, tang nyau laun ga bulih kek. Shopping complex buka pukul 10 pagi. Ko jaku ka nyambut pengada aku pukul 10.45 pagi (jam maya aku ada suba) tang enda sempat laban kalat- kalat ngiga kek. Nyau pemuas ia bepeling sebelah Mahkota Parade, nasib ga bulih kek Baskin Robin. TERIMA KASIH NUJU URANG KE NAJA KEK KU NYA.
Baskin Robin Ice Cream Cake- Chocolate, Almond & Coffee Flavour

Ngintu ba belakang bangunan lama d Bukit St. Paul

besapi kek nggau kabanku Mula. Besai nggi iya laban kelalu bendar begiga kek ka aku. ooo... chelap matnya. tingkil ngeli nuan lagi!!

Enggi Thomas mit agi belah kek laban iya mit antara kami ke bisi ngintu pengada aku. hehe!! bendar gamal iya negam tekang sekelimnya...


 ringat gamal Sebastian laban kek iya kelalu mit beri aku. nya kategal iya paling tuai ka kami, Enggi iya mimit agi laban ngelak ke kami ke biak agi tu. haha!! anang ringat kaban...


Thursday, April 5, 2012

Cuti- cuti M'sia d Melaka

Cuti pertengahan semester ni, saya & the geng telah pergi bercuti di Melaka Bandaraya Bersejarah. Kami bercuti di sana selama 3 hari 2 malam.
Sesampainya kami di sana, kami check in d hotel. Lepas tu berjalan- jalan d tebing sungai Melaka.
aksi d tebing sungai Melaka

d depan menara Taming Sari

d A Famosa

Malam tersebut, kami melepak di tebing sungai Melaka untuk menikmati suasana malamnya. Malam di Melaka sunyi & tenang. Tebing sungai Melaka sangat cantik kerana dihiasai lampu yang berwarna- warni. 

Hari kedua disitu, kami telah melawat perkampungan Portugis. Kami juga telah pergi ke muzium Portugis. Selepas melawat perkampungan Portugis, kami bersiar- siar di tebing Selat Melaka. 

d tebing Selat Melaka

Fountain depan Christ Church

depan Istana Melaka

depan Muzium Samudera


melepak d Casa Del Rio pada waktu malam 

Hari terakhir di situ, kami telah pergi ke Dataran Pahlawan & Bukit St. Paul.
 

Saturday, March 17, 2012

Relax di Broga Hill

17/3/2012- trip para mahasiswa/i UM dari 4th College ke Broga Hill. Seramai 80 lebih orang meyertai trip ini. Aku & kawan ku Mula pun turut serta dalam trip ini. Mula- mula kami merentasi ladang sawit. Selepas itu baru mendaki bukit sehingga ke puncak yang paling tinggi untuk menyaksikan matahari terbit.  Foto tu, kenangan aku & Mula di puncak Broga Hill.


Saturday, March 10, 2012

PROSPEK 3- 4 Mac 2012


Saya telah menyertai satu projek yang dianjurkan oleh JKP Akademik & Intelektual Kolej Bestari iaitu Projek Seminar Pendidikan Kebangsaan (PROSPEK). Penjelajahan PROSPEK bermula pada 3 Mac 2011. Negeri pertama yang akan dijelajah ialah Negeri Sembilan. Daerah yang dilawat ialah Gemencheh. Sekolah yang telah terpilih untuk ialah SMK Dato Taha. Seramai 200 lebih orang pelajar tingkatan 5 telah menyertai seminar ini.
Selepas selesai seminar di sekolah tersebut, rombongan Prospek pun bertolak ke Muar. Kami sampai di Muar, Johor pada waktu petang. Sekolah yang akan kami kunjungi di Johor adalah SMKA Maad (sekolah cluster kecermelangan). Kedatangan kami disambut mereka dengan gembira sekali. Saya amat kagum dengan sikap para pelajar di situ yang sanggup menolong kami memunggah barang- barang ke dalam dewan. Selepas selesai menyusun kerusi di dewan, kami pergi ke asrama yang telah disediakan untuk kami. Kesian juga dengan adik- adik yang terpaksa mengosongkan bilik mereka untuk kami. Terima kasih untuk itu. 
keesokan paginya, seminar pun bermula. Pendaftaran bermula pada pukul 8 pagi. Para pelajar di situ spotting sekali. Seronok dapat berkenalan dengan mereka menerusi aktiviti ini. Semasa LDK, masing- masing mempunyai soalan untuk ditanya sehingga tidak tahu nak menjawab soalan yang mana satu. Mereka begitu teruja dengan lawatan kami dari Universiti Malaya... 
Selepas selesai seminar tersebut, semua ahli Prospek berkunjung ke Tanjung Mas untuk bersantai & menghilangkan tekanan. 
 Secebis kenangan di SMKA Maad

Di Tanjung Mas, Muar, Johor

Friday, January 6, 2012

Coretan Seorang Teman

Biarlah aku sentiasa ada untuk suka & duka mereka walaupun mereka tidak pernah ada untuk setiap duka & gembiraku. Biarlah aku sahaja yang tahu kisah- kisah mereka. Biarlah mereka tertanya- tanya kisahku disebalik senyumanku ini. Setiap kali mereka jatuh tersungkur, ku pasti akan memapah mereka untuk bangkit semula. Waktu itulah aku memahami kesakitan & kepedihan waktu mereka terjatuh. Namun ketika aku jatuh tersungkur & nyaris- nyaris jatuh ke gaung, mereka tiada untuk memapahku. Tidak apa kataku kepada diriku kerana aku masih mampu untuk berdiri sendiri. Tak kiralah betapa sakit dan masa ku perlukan untuk berdiri semula, sekurang- kurangnya aku belajar untuk berdiri semula tanpa mengharapkan orang lain. Setiap langkah yang ku ambil untuk bangkit semula telah mengajar aku supaya lebih matang & berdikari. Terima kasih kepada mereka yang membiarkan aku bangkit sendiri. Jika mereka menolong aku bangkit semula, mungkin aku bukan siapa aku pada hari ini.

Friday, December 9, 2011

Sehari bersama kawan- kawan dari Universiti Andalas


28/11/2012- Saya telah menyertai rombongan senior pengajian antropologi & sosiologi ke Batu Caves bersama dengan exchange students dari Universiti Andalas, Indonesia. Dari UM, kami naik bas T632 ke Stesen Universiti. Dari situ pula kami naik LRT ke KL Central. Kami bersarapan dulu di KFC, KL Central. Selepas itu kami menaiki KTM ke Batu Caves. Sampainya di sana, saya lihat banyak yang telah berubah berbanding 17 tahun yang lepas. 17 tahun yang lepas, saya datang ke Batu Caves bersama dengan keluarga saya. Sekarang semuanya telah berubah. Banyak patung dewa berada di situ. Kami telah menaiki ratusan anak tangga untuk sampai ke dalam Batu Caves. Di dalam gua tersebut, terdapat kuil Hindu. Pada masa itu, ramai orang disitu. Ada yang mencukur rambut tanda kesyukuran mereka kepada Tuhan, ada yang kahwin, ada yang bersembahyang. Di situ ada banyak monyet. Jika tidak berhati- hati, bungkusan yang kita bawa mungkin akan dirampas oleh monyet kerana ia menyangka bahawa bungkusan itu adalah makanan mereka. Kawan- kawan saya yang beragama Hindu tidak melepaskan peluang ini untuk beribadat di situ. Pada hari itu juga, ada serombongan remaja yang menjalankan 'explore race' di situ. Mereka berkumpulan naik ke  dalam gua.
Selepas kami melawat ke Batu Caves. Kami pergi ke Pasar Seni. Pada ketika ini, cuaca sangat buruk. Kami terpaksa mengharungi hujan. Kami makan tengah hari di Food Court Pasar Seni. Rakan- rakan dari Universiti Andalas membeli- belah disitu.