Thursday, November 3, 2011

Kenapa ku menyepi kebelakangan ni...

lama juga tak blogging ni... sekarang saya dah d UM. gembira sangat sebab dapat U. Apa yg diimpikan selama ini telah menjadi kenyataan. Usaha gigih selama ini tak sia-sia, akhirnya ia menghasilkan buah. Ku tak sangka sangat dapat masuk UM. bila tunggu keputusan masuk ke IPTA dulu memang cemas & takut. takut sangat tak dapat masuk U. thanks be to God sebab Dia telah memakbulkan impian saya selama ini. memang dari sekolah rendah lagi saya teringin nak masuk UM. kenapa? dulu sepupu saya graduate dari UM, kakak saya yang sulung pun sama. jadi saya ingin mengikut jejak mereka juga. mula-mula masuk tu memanglah rasa kesunyian sangant sebab belum kenal ramai kawan. tambahan pula, hanya saya seorang sahaja pelajar dair sekolah menengah saya dulu dapat masuk UM. kawan-kawan saya yang lain dapat masuk U di tempat lain. kami masing-masing membawa haluan sendiri.

kumpulan WuFi- semasa Minggu Haluan Siswa 11/12

semasa minggu haluan siswa memang best. walaupun letih tetapi menyeronokkan. semua kawan yang saya kenali di sini sangat peramah. banyak yang saya belajar daripada mereka. bila buat cheer memang bersemangat sangat. itulah yang aku suka, buat cheers. semasa MHS lah mula berkenalan dengan pelajar kolej lain. best sangat-sangat ni. sekali sahaja pengalaman macam ni dalam seumur hidup. kenangan di DTC sangat indah. walaupun kadang-kadang tertidur di sana sebab terlalu letih tetapi gara-gara nak lawan kolej lain dalam cheer, terpaksa jugak berjaga. lama-kelamaan saya tak kesunyian seperti semasa saya baru masuk dulu.

sebilangan kecil daripada keluaraga plumeria yang menyertai pertandingan drama & tarian

2 minggu selepas MHS, ada minggu keluaraga bestari pula. banyak aktiviti setiap malam minggu keluaraga bestari. semua kami dibahagikan kepada 4 famili iaitu plumeria, castanea, eucharis, & anthemis. kami ada cheer kumpulan & lagu tema minggu keluarga bestari. banyak pertandingan diadakan untuk merapatkan lagi hubungan kami.

mau pergi kuliah ni..........

semasa baru masuk kuliah & tutorial memang tercari-cari di mana tempat semua tu berlangsung. memang turun 1 jam sebelum kuliah bermula sebab takut datang lambat gara-gara nak cari dewan kuliah. sekarang sebab dah tahu selok belok di sini, x perlulah turun awal sangat. 15 minit sebelum kuliah bermula pun masih sempat.

beberapa minggu yang lepas saya mengalami demam, asma & batuk yang teruk. saya memang fobia sangat nak jumpa doktor ni... selepas 2 minggu lebih saya batuk akhirnya saya pergi berjumpa doktor di klinik pelajar. saya jumpa doktor pun sebab dah teruk sangat saya batuk sampai berdarah. semasa batuk berdarah itu pun saya masih tak mahu jumpa doktor. tapi saya pergi juga atas nasihat rakan sebilik saya iaitu Charlotte. saya pergi pada hari isnin. itu pun kawan saya yang bernama Chin Hui menemakan saya pergi. kalau dia tak temankan saya, mungkin saya takkan pergi jumpa doktor. selepas jumpa doktor, doktor suruh pergi x-ray di PPUM sebab dia nak pastikan sama ada paru-paru saya ada mendapat jangkitan atau tidak. hari seterusnya saya pergi ke PPUM ditemankan kawan saya Mula. hari rabu terpaksa pergi jumpa doktor lagi... selepas jumpa doktor & selepas doktor periksa keputusan x-ray saya, barulah saya tahu keadaan sebenar saya. paru-paru saya tak kena jangkitan. saya cuma ada masalah pernafasan-asma, happy jugalah bila tau tak ada apa-apa. tak sampai seminggu saya pun sembuh. mujarab sangat ubat yang diberi oleh doktor tu... terima kasih kepada kawan-kawan yang telah bersusah-payah memastikan saya jumpa doktor & doktor yang telah merawat saya.


sekarang assignment semakin melambak. oleh itu, kena fokus dalam pelajaran. nak kejar tarikh akhir hantar assignment, nak join aktiviti kolej seperti projek & JKP. betul-betul pengalaman yang baru & luar biasa ni. excited sangatlah ni... sekarang dah pertengahan semester 1. minggu depan cuti pertengahan semester. cepat sangat masa berlalu. ku rak balik kampung. duduk di kolej jadi penunggu kolej ni.. hehe...

No comments:

Post a Comment